Saturday, April 30, 2011

design mendesign...

ari ni aku berdesign dr pagi ke petang untuk menyiapkan ka kahwin... semua gara2 adik aku call td.. sruh designkan kad jemputan kahwin dia sebab majlis dah dekat...sebenarnya aku volunteer nak designkan kad tu sebab nak memenuhi portfolio aku as a designer..hehe... walaupun still tak siap projek akhir ni.. aku buat jgk.. sebab dia my sist. kalau orang laen.. bye2 ler..haha.. kecuali ada income so aku pertimbangkan...($_$)

ni lah design depan kad tu... first time kot buat kad jemputan kahwin...

cantikkan... (^^)v..

Friday, April 29, 2011

aduhai malangnya!!! dah tersepit.. dirogol pulak..


ini sekadar penyeri post
....
....
...
...
..
..
.
.


kesian~~

Wednesday, April 27, 2011

perkara perlu dibuat selepas FYP

5 perkara aku perlu buat selepas submit FYP(Final Year Project)...

1- tidur dengan sepuas2nya dengan tenangMSN Onion Icon

2-cuci moto..

3-tengok movie dan series sepuas2nya

4-tangkap gambar dan ber 'photoshop' sepuas2 nya

5-makan sepuas2nya dengan hati yang tenang...

Onion Emoticons

Sunday, April 24, 2011

pandangan masyarakat yang menyedihkan

p/s:ada betul jgk...

Saturday, April 23, 2011

Priview A Litttle Thing Called LOVE (thai)

“Every one of us has someone who is hidden in the bottom of our heart. And when we think of that person, we feel like there’s always a little pain inside. But we still want to keep that person. Even though I don’t know where he is today, what he is doing, I know that he is the one who taught me this. A crazy little thing called LOVE.”


cite ni mengisahkan tentang seorang gadis biasa bernama Nam telah menaruh hati kepada lelaki bernama Pshone. oleh kerana lelaki ni hansome..so, dia menjadi rebutan gadis2 kat sekolah.. macam2 cara Nam buat untuk menarik perhatian Pshone.. sampai satu masa dia jadi cantik.. n banyak lg yang menarik dalam cite ni yang mengandungi nilai persahabatan , family n cinta..
x nak cite banyak2...
so,, jom layan cite ni...(^^)v


Friday, April 22, 2011

Selamat menyambut Earth Day..

http://www.rtlibrary.org/images/earth%20day%205r.jpg

i totally support these day celebration...
walaupun hari2 pada pendapat aku adalah earthday....
tp at least..sambutan hari ni dapat mengingatkan sesetengah kita yang terleka...
nak celebrate earthday bkn susah..
ikut je konsep etika manusia terhadap alam sekitar..
means,,
jaga kebersihan sekitar
jimat kan tenaga elektrik
jimatkan air
menanam pokok
jangan membuang sampah merata
recycle..
byk lagi..
magic word from me~~
"sayangilah bumi kita.."
(^^)v



sape pelakon lelaki feveret ko??

kenapa aku tnya ni...?
mmm bru je td aku terkeluar jawapan...
kalau nak tau.. dia adalah mr. Remy Ishak...
http://mybloghub.my/wp-content/uploads/reviewfilemcun.jpg
korang nak tau tak kenapa aku minat dia..
oh.. pembetulan..bukan 'minat'
tp sokong je lah...haha

dulu semasa brlakon dlam drama nur kasih aku x de r sokong sgt dia neh..
yg aku tau...dulu dia berlakon cite gay...
aiiye~~
then..

aku start jd penyokong dia lepas jmpa en remy kt ABP..
nak tau kenapa?????
hehe.. sebab kulit dia sama ngn aku...=))
haha...

bukan ape..
aku tgk.. kalau2 artis2 lelaki kt mesia ni..
hari2 makin menjambu...
msti nak kena putih... so mana nak letak lelaki mcm kitorg neh..hahaha...
atleast ada si remy ni back up.. lelaki mcm kitorg ni...
pn jadilah...

that's why aku sokong dia...

p/s:ntah kenapa bila aku tgk remy ishak terasa mcm aku tgk diri sndiri...haha...
*oke fine...aku perasan gile~~~

Wednesday, April 20, 2011

terima kasih sudi baca blog x update ni.

Berkali-kali aku bukak ruangan 'New Post' ini dan berkali-kali juga terhenti tiada noktah. Terbengkalai tiada sisa. Dibiarkan pudar dan malap dan sejurusnya hilang. uma komited terhadap kerja lain terlebih dahulu perlu diisi. Maka, tiada madahan disisipkan.

Redha.Utamakan yang mana perlu diutamakan. Itulah yang cuba dilakukan. Minggu-minggu sibuk di penghujung semester masih belum berlalu pergi. Banyak perkara kena selenggara.

maaf lama x update..=)
Farhan Ismail sedang busy dengan final year project...
yg baca post ni..tolong doakan aku dapat menyiapkan project ni pada waktunya...

Ya allah berikan aku kekuatan dan permudahkanlah segala urusanku...insyaallah..aamiin,,,

Tanda-Tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Saturday, April 16, 2011

kami dan CARMA...

kalau nak tahu...
CARMA=CARi MAkan

semalam kami grup sanggar citra join membuat persembahan kat PKNS Bangi.. sempena festival pengantin kat sana... persembahan kami hanya 5 minit je.. tapi income rm100 sorg... hehe...($_$),,, memang berbaloi.. berlatih lagu petang kalau kira betul2 berlatih x smpai 30 minit pn..haha,, n tukar step last2 minit.. sbb pentas kecik sangat(penari profesional sgt..) n naik pentas menari kejap..tada!!! duit kt depan mata...akhirnya tamat la peranan aku sebagai penari grup Sanggar Citra..("bekas penari kebudayaan" mcm ayat usop wilca plk..) sbb nak graduate.. huhu.. byk sgt kenangan ngn korang..
partner aku syikin~

ni lah kami berempat..hehe~~

akhirnya leh fokus kat projek akhir n tesis yang tk siap2 lagi ni...
n last skali untuk silat for kejohanan MASUM,,
come on han...
berusaha!!

Friday, April 15, 2011

Ketidoran terganggu~~Exam mode

setelah 4 hari bertapa kat bilik... akhirnya hari dapat jugak aku post kt blog kesayangan aku neh...
Jam 9 malam tadi berjaya menamatkan misi utama mencari ubat nyamuk...
http://1.bp.blogspot.com/_gzQ1fAJ2T7U/TGqIqvI-wfI/AAAAAAAAAEg/2MaQVs5xvlQ/s1600/ridsect.JPG
semuanya gara2 nyamuk semalam aku tido lambat.. pada awalnya ,aku berniat nak bangun study algo. pkl 5 pg.. lepas je asrul n acap keluar blik terus aku ke toilet , 11.10 masuk bilik n tutup lampu2.. ZZZ...

tp pkl 12.45 pg aku terjaga sebab habis bengkak2 kt kaki digigit nyamuk..
mcm biasa aku berselimut lingkup.. membiarkan hanya muka aku sahaja terbukak...
tp kaedah ini tidak berkesan seperti malam sebelumnya.. sbb nyamuk byk dan giler... aku sedar je..1 kat dahi.. 2 kat pipi kiri..n 2 kat bibir...ape lagi... haram jadah punya nyamuk... ko berpesta kat muka aku... harem.. aku x leh tido.. last2 aku bkak lampu... TEKAD!! untuk pukul satu2 nyamuk tu,,,
kaedah yg aku duduk terlentang tgk kalau2 ada nyamuk... n trus snap...tp malangnya.. satu pun x de... hampeh... jam 3.30 pagi.. still x dpt tido...gara2 nyamuk haram ni... last2 aku cuba baca nota sambil2 baring... rsenya tak sampai 5 minit.. aku dibuat mimpi...
mungkin sebab aku doa mintak dikejutkan awal sbb exam.. a
ku bangun pkl 7.35... peh~~~
siap2... mkn 2 keping roti,, then blah... smpai kat dewan orang dah msuk..
dah lah masuk lambat.. semua orang tgk.. dengan selamba nya aku jalan ala2 x berapa model... tp kontrolckit hehe~~~ elok2 je aku duduk kat meja tu.. petugas pn cakap.. "anda boleh mula menjawab sekarang~~"
aku pn baru terhegeh2 nak isi borang kehadiran le.. leceh btul...
bukak paper.. lg leh carut dalam hati...
mana chap. yg lecturer aku ckp msuk exam... 4 soklan je msuk... harem sungguh~~`
keluar je dr dewan dgn tekad aku memutuskan...
I HATE ALGORITHM~~~EVER N EVER~~
dem!! punye soalan..

p/s:hari sabtu jam 2 ptg ada event kt PKNS bangi... dtg le nak tgk..hehe~~

Monday, April 11, 2011

all the best for the final exam,,,


hari ni brmula final exam bg student UKM..
so, all the best semua membe2ku sekalian..
usaha
doa
tawakkal..

gudluck!!!

p/s:meja study aku~~hehe

Saturday, April 9, 2011

facebook o.. facebook.. part5

Bila pakcik2 berbicara..
kita yang muda2 ni hanya perlu mendiamkan diri je... jangan menyampuk orang tua bercakap...

p/s:kah3... no komen~~

Thursday, April 7, 2011

eeuwww~~~

eeeuuwwww~~
geli aku dengar and baca ayat tu...
actually byk sgt ayat ni digunapakai dalam fb,sms,ym... or anything in media...
dulu aku pn tergolong jugak kejap dlm grup2 euww~~ ni..
tp lama2 aku fikir... perlu ke nak rosakkan bahasa,..
comel ke?? macam gediks ada lah~~
seperti kata pepatah melayu...
bahasa jiwa bangsa... so, let's thinking ya~~

sini aku nak share video dari anwar hadi.. mengenai euww~~
jom layan.. =)


p/s:anwar hadi mantop~~thumbs up~~

Wednesday, April 6, 2011

live-Anugerah bintang popular~~

last sunday mmg x sangka pergi Genting untuk tgk ABPBH live dari Arena of Stars..
mmg best.. byk beza dari tgk kt dalam TV... thanks to abg Jai.. sbb ajak g tgk.. actually dia dpt 5 tiket free... aku antara yg terpilih ikut dia..hehe~~


first of all...aku memang puas hati gila dapat juma Lisa Surihani.. hehe~~(v_v)

pape pn paling besh bila usop wilcha to masuk... semua orang sorak...
pada pendapat aku.. watak usop mmg berkesan dlam Hantu Kak Limah Balik Rumah...

persembahan n pentas mmg grand habis... dan pengacara malam tu Kak Engku, syarifah, dan zizan menghilangkan keboringan sepanjang anugerah tersebut...

antara artis yang paling ramai peminat kat sana adalah Lisa Surihani, siti nurhaliza, sam, usop wilcha, n zizan,,,i mean,.. plg kuat sorakan~~
saat paling best sepanjang anugerah tu ketika nak mengumumkan anugerah bintang paling popular.. yang diumumkan oleh Usop Wilcha... satu arena gelak sakan tgk gelagat dia dan johan..
sambil nyanyi sole2~~~
n paling kuat sorakan bila si usop wilcha ckap"siapa setuju usop baca anugerah ni sila angkat tangan macam ni..." time tu hampir satu dewan angkat tangan sambil melambai2... gila lawak time tu... memang famous habis trademark si ucop ni...

n last skali persembahan penutup oleh Siti Nurhaliza yang paling ditunggu2 apabila siti menggabungkan lagunya dengan lagu korean Nobody mmg menggamit sorakan satu arena..
pehh~~ mmg best tgk siti menari lagu nobody~~hehe~~
overall.. mmg best r ABP tahun ni... kt bawah ni gmbr2 artis yg sempat di snap swaktu diorg baru nak masuk arena of stars~~~























p/s:kenangan indah ngn lisa...rahsia... wink~~=)

Monday, April 4, 2011

perfect first date..

first date yang paling sempuna pada pendapat aku adalah pergi rumah si perempuan tu..
terus terang ngn parent dia...

http://4.bp.blogspot.com/_1Xn1Eh4YBqY/TTO4Jy3DpOI/AAAAAAAAATs/vVHLSgSc_-o/s1600/mertua.jpg
"pak cik/mak cik... saya sebenarnya sukakan anak pakcik/makcik.. jadi saya nak mintak kebenaran dulu nak kenal2 dia dengan lebih rapat... hehehe~~"

pastu nak jumpa kt luar baru boleh...dah dpt kebenaran parent dia...

amacam???
ada berani ke jejaka kt luar sana???

p/s:dup-dap2...

Saturday, April 2, 2011

favorite movie ever...

aku minat movie dan cerita yang berunsurkan fantasi...
that means... magic, sains fiksyen, adventure.. bla3...
paham2 la klau fantasi kan... maksudnya cerita khayalan semata2...

dan paling best ever
of coz lah Harry Potter..
x sbr nak tgk Harry Potter and The Deathly Hallows Part2..=)

Harry Potter and the Sorcerer's Stone Poster

Harry Potter and the Chamber of Secrets

http://mdfazal.files.wordpress.com/2010/01/harry_potter_and_the_prisoner_of_azkaban_poster.jpg

Harry Potter and the Goblet of Fire Poster

http://www.hdtrailerz.com/thumbnails/Harry%20Potter%20and%20The%20Order%20of%20the%20Phoenix.jpg



 Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1 Poster