Monday, March 28, 2011

busy2 week..


ya allah..prmudahkanlah segalanya~~~

Sunday, March 27, 2011

Priview Sucker Punch

http://www.filmofilia.com/wp-content/uploads/2011/01/sucker_punch_poster-535x790.jpg
baru lepas layan muvie ni td...
ia menceritakan tentang seorang gadis yang mengalami ilusi semasa berasa di dalam hospital sakit jiwa... sehingga berjaya melepaskan diri..
overall cite ni memang best dengan aksi perlawanan yang agak gempak dan x tercapai akal logik manusia.. haha..
cara lawan macam dalam game... kena pukul banyak kali pn x mati...
tp aksi2 perlawanan pelakon2 ni memang the great~~
http://www.ojosdehumanoide.com/wp-content/uploads/2010/09/Sucker-Punch-02.jpg

perasaan kasih dan sayang

Mungkin ramai dah lihat,aku sekadar berkongsi sekali lagi sebagai peringatan untuk semua.

Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan (isteri? suami? sahabat?) kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.





Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..



Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..



Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba..



Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...



Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhluk-Nya..Manusia bagaimana?

Pastinya burung yg ditinggalkan pasangan ... hidup menjadi sepi...kita manusia......???

so, berkasih sayang lah antara kita...

p/s: touching tgk gmbar burung ni.. sob2~~=(

Saturday, March 26, 2011

oke.. aku kalah dengan dia..

http://photos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs139.snc3/18647_232420533266_93370318266_3221034_5483925_n.jpg

oke...aku dah kalah dengan fahrin ahmad untuk Model Garnier...





Motif sangat post ni kan???
actually aku baru pakai pencuci muka baru garnier... oil control.. tu lah tetiba berangan nk lawan fahrin ahmad ni... kah3... =))

Friday, March 25, 2011

Anda sakit gigi???

Sakit gigi menyeksakan. Berikut terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

1) Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.

2) Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.

3) Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.

4) Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubanggigi dan tutup dengan kapas.

5) Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.

6) Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.

7) Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.

wallahualam~~
http://3.bp.blogspot.com/_2uB4XDH7oqM/S-ElD92Jx6I/AAAAAAAAAMw/Dlv9ZKwTApE/s1600/SakitGigi.gif
p/s: aku post pasal ni sebab gigi geraham aku berlubang dan mula menyakitkan... sgt moody klau sakit gigi ni~~ haih!!

Tuesday, March 22, 2011

Gaya Rambut lelaki 2011

Berdasarkan kajian daripada penggaya rambut selebriti berikut adalah gaya rambut dijangkakan menambat hati lelaki pada tahun 2011.. let's take a look..=)













p/s: kalau lah aku ada rmabut santek macam ni...~~(v_v)

My 200th Post

Sekarang sudah 3 tahun aku memulakan projek blogging ini. bermula pada tarkh 3 march 2009 banyak sangat peristiwa, kenangan dan kejadia, yang telah dialami. Peristiwa mengubah kehidupan, sikap, kerja, dan banyak lagi. Aku telah membiarkan pembaca blog ni dapat mengetahui beberapa petikan kegemaran aku dan menjemput kamu semua untuk beberapa waktu paling sukar dan terbaik dalam hidup ni.

proud to be blogger~~ (^^)

Sunday, March 20, 2011

Malam Anugerah Pelajar KTHO


Klik sini untuk gambar seterusnya...

Saturday, March 19, 2011

Pusat Islam UKM

klik sini untuk gambar seterusnya...

Thursday, March 17, 2011

Perempuan nak jadi Itik

hi.. assalamualaikumm...
korang perasan tak, sekarang ni ramai sangat perempuan nak jadi ITIK???
tak paham????
oke aku xplain.. mereka adalah girl2 yang suke bergambar dengan mulut muncung itik...
tambah-tambah lagi sekarang tengah musim final sem...
banyak sangat dinner2 yang kolej buat kan...
aku yang actually nak tengok gambar2 cun aweks ni jadi hilang mood tetiba bila tgk perempuan bergambar itik ini...
bagi perempuan camni...korang bajet korang tu cumil sangat buat mulut mcm tu??
insaf lah kamu wahai gadis~~ ambil lah gambar secara normal kembali.. jangan ingat ada lelaki tergoda dengan mulut macam tu..


ni pn spesies yang sama..

p/s: LEGA HABIS BEB!! DAH LAMA AKU PENDAM BENDA NI~~~

Wednesday, March 16, 2011

Semoga berbahagia

selamat pengantin baru buat my sist.. yang baru selamat di ijabkabul pada 13 mac 2011...
syukur alhamdulillah jugak majlis kesyukuran berjalan dengan lancar dicucuri hujan rahmat sepanjang hari bersanding~~
hehe... nostalgia beb kawen dalam hujan..seb baik x banjir kan~~

Thursday, March 10, 2011

Menyesal gila kawen~~~

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat

Boleh la abang bangun awal-awal pagi

Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,

ayang cubit je pehe abang

abang xkan murka..

Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana jaga makan minum abang

Tengok skarang abang da nak gemok da

Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?

Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?

Jangan bimbang atau ragu okeh,

Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta

Terima kasih kerana tolong iron baju abang

Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju

Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu

Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang

Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge

Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!

p/s:Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. aku masih seorang yang selekeh..

Wednesday, March 9, 2011

Photo Manipulation( classic colouring)

(Sebelum)

klik sini untuk gambar seterusnya...

nak menipu pun agak2 lah~~


macam biase..bila bangun pagi2 aku akan bukak dulu email...
spam mmg tiap hari akan penuh dengan penipuan2 yang very annoying me..
tp yang paling tak boleh blah ada 1 spam email ni kononnya dari Chevrolet Cars UK
ucap selamat hari raya~~
nak menipu pn agak2 lah.. raya dah berlalu beberapa bulan lepas tp still ada email mengucapkan tahniah sebab menang duit sempena hari raya,,, bongek ke ape~~

Tuesday, March 8, 2011

Tesis oo~~ tesis...

sepangjang hujung minggu lepas actually aku dalam keresahan...
sebab Tesis yang aku pinjam 2 biji kat Library Fakulti tetiba hilang...


aku memang tak ingat lansung kat mana aku letak benda alah ni...

kedai fotostat dan print kat Kolej Pendeta zaba-takde
cafe kolej dato' onn- takde
bilik kuliah-takde
bilik-takde

isnin pagi aku bangun awal2 g fakulti..
buat expression muka seposen kt akak Library tu..
gtau tesis yg aku pinjam hilang..
ape lg aku disoal jawab kt situ...
last2 akak tu gtau tesis aku dh ada org hantarkan sebab ada budak jumpa kt bilik kuliah
fuuuhh!!! lega habis~~~
tp lepas tu aku terpaksa dengar akak tu ceramah ckit...
tp nasib yang agak baik..sebab akak Library tu lawa... so smbil dengar dia ceramah..
hampir meleleh air liur aku tgk dia... hahaha...

katanya nasib nasib baik tesis ni milik fakulti.. kalau pinjam dengan library UKM (PTSL) tak pasal2 aku kena gantung pelajaran...gara2 tesis hilang..

memang syukur habis r pg tu...

then pg ni.. sekali lagi aku tinggal file plastik aku yang ada barang2 penting kat lab,,,
nasib yang agak baik jgk.. ajie dengan baik hatinya tolong ambilkan...

huhu..ape lah nasib aku ni..asyek tertinggal barang je...

p/s:pesanan buat student ukm.. jaga btul2 tesis yg korg pnjam~~

Sunday, March 6, 2011

I want that shape..

sekarang ni tiap2 petang aku akan cuba untuk turun ke stadium..
atleast aku perlu joging..

korg nak tau kenape??

sebab perut aku dah makin melebar...
MSN Onion Emoticon
oleh kerana aku memutuskan untuk STOP bertraining..
oleh itu aku perlu bersenam dan bersukan balik bagi memastikan ia bershape kembali..

Perlu ke??
of coz lah... haha..
walaupun aku x de six pack mcm dia nih...
http://www.musclehack.com/wp-content/uploads/2007/12/other_six_pack.JPG

sekurang-kurangnya ia tak maju kedepan
dan tak melebar ketepi..
pun jadi ler...
haha...

Saturday, March 5, 2011

Rakyat Libya di Malaysia

flyers ni aku dapat masa lepas solat jumaat td.. ada perhimpunan Rakyat2 Libya kt depan masjid UKM... dari flyers ni baru aku faham apa yg terjadi kt sana sebenarnya...

p/s: semoga bumi Malaysia terus aman.. insyaallah.. aaamiiin..

Friday, March 4, 2011

Jom Jadi dr kucing~~

sape yang ada kucing kat rumah~~angkat tangan..

bagi korang yg ada kucing adalah perlu bagi anda untuk melakukan pemeriksaan ini sekurang2 seminggu sekali... bg memastikan pet kita ni sihat dan bersih...

antara bahagian2 penting adalah:
1. belakang@bontot@tuuutttt~~
2.badan
3.telinga
4.mata
5.mulut dan gusi
6.perangai kucing tersebut
7.umur
p/s :selamat mencuba,,, i love meow~~

Thursday, March 3, 2011

Pekan Teater Universiti (UKM)

Johan-Keseluruhan
Kelab PRASADA, Kolej Tun Hussein Onn
Skrip- Bukan Dejavu


Naib Johan
Kolej Pendeta Za'ba
Skrip- Teare Rossa

Tempat ke-3 Keseluruhan
Kelab TEKAD, Kolej Burhannuddin Helmi
Skrip- Kipas Tangan

Anugerah-anugerah lain :
  • Anugerah Kumpulan Harapan - KTDI
  • Anugerah Pengarah Terbaik - SYED OMAR FAIZAL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik - MOHD NORYUSOF ROSLI (KPZ)
  • Anugerah Pelakon Wanita Terbaik - MAIZURA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - NAHRIZUL (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - ASRINNA (PRASADA)
  • Anugerah Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - KUO
  • Anugerah Pelakon Harapan Wanita Terbaik - TEKAD
  • Anugerah Khas Juri (kumpulan) - KTSN
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - Syafiqa Melvin (PRASADA)
  • Anugerah Khas Juri (pelakon) - watak Jenab (KPZ)
  • Anugerah Artistik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Teknik Persembahan Terbaik - KTDI
  • Anugerah Setting & Props Terbaik - KPZ
  • Anugerah Tatarias Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Tatamuzik Terbaik - PRASADA
  • Anugerah Busana Terbaik - PRASADA


credit from aran..

p/s: tahniah kepada membe2 aku kt Prasada becoz menang besar tahun ni... Kekalkan prestasi anda.. jgn lupa ye Intercollege Art Festival (ICAF) dah dekat..hehe..

Wednesday, March 2, 2011

Buang 1.8 juta setahun

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh setahun, sebanyak 1.8 juta tan sampah dibuang oleh rakyat Malaysia atau purata 1.3 kilogram bagi setiap penduduk.

Sekiranya ia tidak dikutip dan diurus dengan baik, longgokan sampah berkenaan boleh memenuhi kawasan ibu negara yang mempunyai keluasan 243.65 kilometer persegi dalam masa tiga hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Mohd. Zain Hassan berkata, dalam tempoh 10 tahun akan datang terdapat kemungkinan sampah yang dihasilkan meningkat dua kali ganda berikutan pertambahan penduduk.

“Saya menjangka jumlah sampah akan meningkat di antara 3 hingga 5 peratus setiap tahun dan cabaran terbesar adalah sikap kita terhadap penghasilan sampah secara mudah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

petikan dari kosmo...

http://blog.myfriends2u.com/wp-content/uploads/2011/02/sampah1.jpg

p/s: mmm... KL nanti jadi bandar sampah kalau orang kerja kutip sampah ni buat mogok seminggu...

Tuesday, March 1, 2011

babi yang diislamkan,

post ni aku share daripada nazirulhazwan.. aku rse mybe leh share ngan kengkawan...

alkisah bermula

terjumpa satu kisah menarik..cerita ni pasal couple dalam islam sebenarnye..yepp..tajuk biase ramai orang dengar..tapi ramai buat tak taw..same macam aku..lame giler terleka..found this story,and make myself clear..yang haram itu tetap haram..jom bace


Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu…Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. “COUPLE ISLAMIC”. Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, “Have you married?”. “No.”, jawab Safura. “So, why you sit together with this ajnabi alone here”, tanya Muhammad. “Kami couple, tapi Islamic way” jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

“Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.