Tuesday, February 15, 2011

salam maulidur rasul



Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul buat pengungjung blog aku ni..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul.

Hari ini 12 Rabiulawal 1432 Hijriah bersamaan 15 Feb 2011, kita semua menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun tak terdetikkah kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasi peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita.

Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun semangat perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita mencontohi semula keindahan hidup baginda SAW. Mari kita susuri dan teladani dakwah dan perjuangan baginda.

Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.

p/s: hati berkobar2... jom Selawat~~ (^^)