Wednesday, November 11, 2009

kerana SETITIK nila habis rosak susu SELORI...*pepandai jep...haha...*

Ini lah yang boleh digambarkan dengan perasaan aku dan perasaan seluruh
masyarakat KELANTAN yang tidak bersalah disebabkan insiden final Piala MALAYSIA
sebelum ni....* insiden ke???*
sikap yang dilakukan segelintir penyokong kelate mlm ntu mmg x boleh diterima semua...

perasaan malu ni memang x boleh digambarkan bagi semua org kelate
yang otaknye seperti ak dan mereka yang merantau di negeri orang ni...
kt mane2 je pergi , msti org kutuk kelantan...

berjuta2 komen tntang kutuk mengutuk kelate kt FACEBOOK...

nak je ak menjerit kuat2....
korang semua!!!!!
orang kelantan x semua mcm tu...!!!
parent n family ak sume baek2...
cube lah korang faham...
please STOP COP orang kelate mcm tu...

Tp dalam bbyak komen tu ad jgk sahabat ni cuba menyedarkan org rmai ttg bola..
nak tau ni die komen,,

"Mohd Irshad
Yahudi hantar sebiji BOLA , ribuan umat islam TAK SOLAT! sudah lah bergaduh kerana BENDA BODOH! apa reaksi pula kalu GOLONGAN AGAMA dan HUKUM2 ISLAM ditekan? dicaci? dihina? . hmmm.. - Semoga Kita semua di beri Petunjuk-"

sekurang2 komen ni dpt mnyedarkan ak....

ni dalam Kosmo!...komen Menteri Besar Kelantan

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kesal dengan peristiwa yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Beliau menganggap penyokong Kelantan yang dikatakan merusuh serta membakar kerusi di stadium berkenaan sebagai tiada semangat kesukanan.

"Sebab itu saya kata jangan sebut main (bermain bola), sebut riadah, dengan riadah baru ada semangat kesukanan," katanya.

Menurutnya, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menjejaskan nama baik negeri.


PERLAWANAN akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam kelmarin dicemari dengan balingan botol di atas trek dan padang.


Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kelantan, Yahya Jamada Ali berasa malu dan kesal mengenai insiden liar oleh segelintir penyokong Kelantan selepas pasukan mereka tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.

Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia malam kelmarin, segelintir penyokong bertindak liar dan ganas dengan membakar mercun dan tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ketinggalan 2-0.

Yahya menyifatkan tindak-tanduk penyokong tersebut mencerminkan seolah-olah budaya dan sikap orang yang berasal dari Kelantan hanya cenderung untuk berkelakuan sedemikian.


Sunday, November 8, 2009

LAST EXAM PAPER


Tak sabar n x boleh sabar lg nk abis paper..


System Analysis & Design

10 hb 11 2009
harap dapat jawab dgn baek....
semoga dipermaudahkan oleh nye..
amin...

Monday, November 2, 2009

Latihan Pusat

o.k fine korang mesti pkir pasal cmne nk wt latihan pusat ni...
cne pusat menjalani latihan...

begini carenye....
tgk pusat pada perut anda dan tnye die
*cane pusat berlatih....*

hehe ini iklan semata2....

lpas exam ni ak x dpat blk rumah awl sbb ad latihan pusat Pencak Silat
bermula 14 smpai raye...then smbung blk lpas raye...

joging dh turun tiap petang...
nk cari fitness r...smangat neh...!!!
*pada dasarnye takut kena teruk n pancit latihan dgn Coach nnti...huhu*
igt time first time ak follow training dulu...
smpai muntah hijau kna ngn Coach....

tp x per...smua ni utk kejayaan kite gak kan...demi menjulang nama UKM di mata dunia...
*acececeyy....:P

pape pn....jgn dk p.k lagi kt benda ni....
exam 2 paper lg....

FOkus!!!
FOkus!!
FOkus!

chaiyok!!!!!!