Thursday, April 23, 2009

my firstmake background.


ni lah first bg yg ak buat..sape2 nak klir r kt pic tu...

Monday, April 20, 2009

Beza Antara > Hacker : Cracker : Script Kiddies : Greyhat

Jika sebelum ini anda hanya selalu mendengar perkataan hacker, semestinya kebanyakan beranggapan bahawa mereka adalah penjenayah di alam maya. Mereka dituduh melakukan kerosakan dan kemusnahan pada perisian dan sisitem orang lain.Tetapi betul ke anggapan anda itu.? Jom kita soroti apa makna sebenar antara Hacker : Cracker : Script Kiddies : Greyhat

Hacker
Hacker merupakan golongan profesional komputer atau IT, mereka boleh terdiri daripada jurutera komputer, pengaturcara dan sebagainya yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu sistem komputer. Hacker mempunyai minat serta pengetahuan yang mendalam dalam dunia IT sehingga berkeupayaan untuk mengenalpasti kelemahan sesutu sistem dengan melakukan uji cuba terhadap sesuatu sistem itu. Namun, para hacker tidak akan melakukan sebarang kerosakkan terhadap sesuatu sistem itu dan ia adalah merupakan etika seorang hacker. Hacker biasanya menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan melakukan pelbagai perkara untuk lebih memahami dunia komputer dan mereka sentiasa ingin tahu dalam apa jua perkara berkaitan dengan dunia komputer serta sentiasa belajar dari kesilapan. Mereka juga dikenali sebagai golongan white hat.

Cracker
Golongan black hat yang menyimpang terlalu jauh. Golongan ini tidak mempedulikan akibat perbuatan mereka serta kesan keatas orang lain. Golongan ini melakukan aktiviti haram demi keseronakan serta kepentingan mereka semata-mata. Golongan ini dengan sengaja menceroboh untuk melakukan perbuatan sabotaj, pengkhianatan dan sebagainya. Golongan inilah yang sebenarnya melakukan perbuatan keji dalam dunia IT sama ada melakukan pencerobohan, spyware dan sebagainya tetapi golongan hacker pula yang dipersalahkan.

Script Kiddies
Golongan ini juga adalah dari kaum cracker tetapi golongan ini tidaklah memiliki pengetahuan yang mendalam dalam IT seperti bidang pengaturcaraan serta bagaimana komputer itu bekerja melainkan pegetahuan untuk melakukan hacking. Aktiviti hacking mereka memerlukan bantuan perisian atau tool yang telah dicipta oleh para hacker yang pada asalnya untuk tujuan kebaikkan tetapi telah disalah guna tetapi ada juga perisian yang dicipta khas untuk melakukan aktiviti hacking.

Greyhat
Gabungan daripada hacker dan cracker. Golongan ini seperti hacker yang sangat berminat untuk menguasai ilmu komputer. Golongan ini suka bertanya dan belajar serta tidak putus asa dalam mempelajari ilmu komputer. Golongan ini sering melakukan pencerobohan dan melakukan kerosakkan tetapi mereka akan membiarkan pentadbir sesuatu sistem atau laman web mengetahui aktiviti yang mereka lakukan, mereka mudah membahagi-bahagikan ilmu mereka kepada sesiapa yang ingin mengetahui dan mempelajari hacking.

jenis2 virus n parasit..

Virus.? biasa sangat dengar...
tapi yang lain² ancaman parasit belum pasti lagi. ini kerana ancaman komputer masa kini bukanlah virus semata². banyak lagi parasit² lain yang bertujuan menggangu sistem komputer. Jom kita semak senarai parasit tersebut.

Virus komputer
Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan dengan
kehadirannya sehingga ia merupakan suatu kebiasaan yang tidak dapat dielakkan.Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya. Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi.

Worm
Worm atau cecacing berkemampuan melakukan eksploitasi terhadap kelemahan suatu sistem operasi serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contoh Worm sasser teleh melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat.Contoh lain pula ialah Worm CodeRed telah mengeksploitasi kelemahan windows 2000 iaitu pada file idq.dll iaitu kelemahan buffer overflow Windows 2000.

Adware
Program yang memunculkan pop-up iklan atau iklan yang tersembunyi yang dimasukkan oleh pembuat program ke dalam sesebuah program, biasanya program tersebut adalah program yang freeware,shareware dan sebagainya.Jadi,pengguna terpaksa menerima iklan tersebut.

Spyware
Program intipan yang berupaya mendapatkan dan mengumpul maklumat pengguna sesebuah komputer tanpa disedarinya.Pencerobohan privacy ini boleh menguntung pihak pengintip kerana sesuatu maklumat terkumpul boleh dijual kepada pihak yang berminat atau untuk sebarang strategi dan promosi produk keluaran syarikat mereka.Program intipan ini boleh didatangi bersama secara tersembunyi melalui program berbentuk freeware,shareware atau demo yang boleh dimuat turun dengan mudah internet.

Trojan
Program ini sangat berbahaya kerana ia memampukan penggodam komputer untuk mengawal serta melakukan sebarang perubahan kepada komputer tanpa pengetahuan pengguna komputer tersebut.Selain itu ia juga mampu mencipta,menghapus dan memindah sesuatu fail tanpa diketahui.

Hijacker
Kebolehan program ini ialah mengubah apa yang telah disetkan pada pelayar web,menukar arah carian ke laman tertentu seperti laman web lucah.Program ini juga berkemampuan mengubah haluan carian ke enjin carian yang ditetapkan oleh pembuat program ini dan yang paling teruknya ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali,malah, anda mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa.

Dialer
Program ini berkeupayaan memasukkan fungsi sambungan ke internet,memutuskan sambungan komputer dari ISP tempatan dan kemudian ia menukar atau menghubungkan kembali sambungan anda ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger
Program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda,termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Ia sebenarnya dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada juga menyalahgunakanya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin bercirikan peribadi untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
melibatkan kegiatan e-mail yang tidak diundang kehadirannya yang dihantar dalam jumlah yang banyak dan ia mungkin kegiatan suka-suka,mengacau pemilik e-mail atau aktiviti pengiklanan yang salah iaitu tanpa kebenaran penerimanya.Ia pasti mengundang masalah kepada pengguna dari segi ruang e-mail dan masa.

komen lucah dlm friendster..

Semenjak kebelakangan ini begitu banyak comment-comment lucah yang muncul di friendster. Geramnye!!!!. Aku pun dah tahu bukannya buka link lucah pun nanti. Cuma buat gempak je letak gambar lucah. dengan harapan ramai orang akan tertarik dan akan klik pada gambar tersebut.

Walaupun ramai yang sudah mengetahuinya, tapi manusia tidak akan habis dari klik benda-benda cam ni selagi tidak habis comment ni. Cuma bagi yang ada friendster dan ada menerima comment yang berbentuk lucah, terus delete. Jangan sibuk pikir hendak tengok apa yang ada. Tiada apa-apa.
ia juga adalah virus yg menyerang friendster..bila korang klik..automatik comment ni akan dihntar kpd friend korang tnpa diketahui...


\


INGAT, jika anda ada menerima comment ini dalam friendster anda, terus delete. dan jika anda ada melihatnya dalam profile orang lain, juga JANGAN KLIK.

jangan pandang org dr paras rupa

ble tgk video ni hampir smua org kt hall tu pndang rendah kt die ni....skali dh tunjuk bakat dier smua terkezut beruk...so jgn skali2 pandang seseorg dr paras rupa...

Sunday, April 19, 2009

shari sebelum final bermula...19/4

tetiba terbit mood dlm hati ak nk tulis something ari ni stelah brberapa minggu meningglkan blog...
sedar atau tidak 2,3 hari sblum ni ukm telah dilanda kemarau...klu siang hari bg yg dduk kt blik atas tu mmg panas... menurut firasat ak...ia berfungsi untuk mencairkan otak student2 yg tengah perah otak study...akhirnya ptg td trun lah hujan rahmat kepada kita stelah berberapa hari x hujan..memang best hujan ni... tmbah2 lg tgh study ptg2...mood nk tido lbih byk dr nk study...