Monday, December 23, 2013

hati yg sukar

Jangan bermain dengan hati kalau kita belum bersedia sepenuhnya..
Jangan bermain dengan hati kalau kita tau suatu hari kita akan berubah..
Jangan bermain dengan hati kalau kita tidak serius..
Jangan bermain dengan hati kalau tahu kita akan melukainya..
Jangan bermain dengan hati kalau kita masih was-was..
Jangan bermain dengan hati...

Kenapa sukar untuk melupakan
kenapa sukar untuk hati berubah
kenapa sukar untuk hati menjadi kontang..

Kalaulah waktu dapat diundur aku takkan pilih smua ni..

muhasabah diri..  mereka yg ku kenal sebelum ni smoga kamu berbahgia sentiasa.. dan mereka yg aku syg semoga sentiasa berbahgia dan dirahmati Allah.. insyaAllah


Thursday, May 16, 2013

bermula dari sekarang...

 

ini pesanan dri abg sy..
bln rejab ni adalah bulan permulaan... klau nak khatam Quran
sebab bagi kita yang bekerja ni xsempat nak ngaji khatam hanya di bulan Ramadhan.
jadi prepare la bermula dari sekarang. mengaji sekurang2 10 page sehari.. insyaAllah..
dibulan Ramadhan nanti, insyaAllah akan sempat kita Khatam Al-Quran..

sekadar pesanan untuk diri sendiri, dan readers..

gi ngaji.. gii ngaji...


Tuesday, May 14, 2013

tentang perasaan

malam ni terasa nak menaip kat blok ni. agak lama blok kesayangan suatu ketika dulu ditinggalkan..

sebenarnya sikit je aku nak taip kat cni...

hargai lah someone yang kita sayang atau yang menyayangi kita.. sbb bukan senang nak pupuk rasa sayang kepada seseorang.. mungkin mengambil masa sehari mungkin berbulan atau berminggu untuk memupuk rasa tersebut.. sebelum perasaan sayang tu hilang. hargailah ia... pupuklah ia.. jaga lah ia.. sebab hati manusia yang berubah2 ini mungkin sukar berubah,, tp andai ia berubah..mungkin sukar untuk kembali menjadi setulus seperti yang asal...

pesanan untuk diri.. insyaAllah...selagi hayat masih dikandung badan.. semoga Allah mnjaga hati ini hanya untuk nya.

Monday, June 11, 2012

santapan diri..:)

Ketika jiwa merasa sesal dan kecewa...
Mengenangkan dosa2 yang dilakukan...
Ketika harapan dirasakan tiada lagi...

ketahuilah..

Islam tidak pernah meletakkan perantaraan dengan tuhan,,
Bila-bila masa sahaja, siapa sahaja insan itu,
Dimana saja dia berada,
Bangsa apa dia, keturunan apa dia,
siapakah ibu ayahnya, siapakah datuk neneknya,
Jika dia ingin berhubung dengan Allah azzawajalla,
Atau ingin kembali kepada Allah,
Maka, tidak pernah ada halangan...

Ketika diri ini tiada tempat untuk meluahkan melepas segala rasa resah dijiwa..
mohonlah keampunan..berdoalah dengan bersungguh-sungguh..
sesunggahnya Allah maha pengampun...
usah berputus asa dengan rahmat dan ujian Allah,,

Teruskan perbaiki diri Farhan..;)